GP Joran TEGAR

Persatuan Memancing Kg Endah akan mengadakan satu pertandingan pancing Secara Grand Prix (GP) yang akan bermula pada bulan Oktober 2009 dan akan berakhir pada Ogos 2010. GP joran Tegar akan dilangsungkan setiap 2 bulan sekali dalam 6 pusingan. Pemenang pertandingan ini akan dipilih mengikut pungutan mata (point) dan mata dipilih mengikut pemenang bulanan bukan mengikut berat ikan. Setiap penyertaan akan di beri 1 mata percuma.

SENARAI PUNGUTAN MATA
Tempat Pertama : 10 mata + 1 mata percuma : 11 mata
Tempat Kedua : 9 mata + 1 mata percuma : 10 mata
Tempat Ketiga : 8 mata + 1 mata percuma : 9 mata
Tempat Keempat : 7 mata + 1 mata percuma : 8 mata
Tempat Kelima : 6 mata + 1 mata percuma : 7 mata
Tempat Keenam : 5 mata + 1 mata percuma : 6 mata
Tempat Ketujuh : 4 mata + 1 mata percuma : 5 mata
Tempat Kelapan : 3 mata + 1 mata percuma : 4 mata
Tempat Kesembilan : 2 mata + 1 mata percuma : 3 mata
Tempat Kesepuluh : 1 mata + 1 mata percuma : 2 mata
Tempat kesebelas dan seterusnya : 1 mata

Peserta yang mengumpul paling banyak mata semasa acara GP 6 pusingan ini akan dianggap Pemenang keseluruhan.

0 comments:

Post a Comment