TIME FOR RELEASE STRESS..TENSION..ETC

Assalamualaikum, dah lama tu saya tak update blog ni, al maklum ler je la kerja kat PPIK ni macam2. Terbaru ni saya sedang menyiapkan satu projek usahawan berkaitan dengan pembinaan laman web yang di khususkan kepada produk IKS seluruh Malaysia. Laman Web berkenaan akan membuka peluang pendapatan sampingan pada semua yang berminat dan saya juga mengalu-alukan kepada semua Penyelia PPIK untuk turut serta. Selebihnya untuk iklan promosi dan sebagainya akan saya Email kan nanti.

Lepas bekerja dan memerah otak... tiba masa untuk saya buang segala stress yang ada kat kepala ni, jadi seperti biasalah pergi ke pantai morib Memancing ler hihihihi...

Hobi yang boleh dikatakan paling popular di muka bumi ni lah, lagi-lagi kalau dapat sebesar ini.

Ni bukanya tengok perlawanan bola sepak, hoki, atau pertandingan ratu cantik kebaya tapi masing-masing tengah nengok batang joran yang tak dimakan ikan.

Teknologi maklumat, boleh didapati dimana-mana seperti contoh diatas mencari ikan menggunakan Handphone hahahaha. Bukan sebenarnya bro yang kat atas tu sedang sms org umah dia nak bagitau Abang dapat ikan besar harharahtr.....
Hasil tangkapan pemancing2, tengok je kecik dalam gambarkan.


post signature

0 comments:

Post a Comment