Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



HASIL PERTAMA YANG MELONJAKAN NAMA BELIAU SEBAGAI PENERIMA HADIAH UNTUK GP TEGAR MUSIM KEDUA.

PANCING BELUKANG SECARA EXTREAM

GEMANG (SEMBILANG) 1.2KG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM GP TEGAR PUSINGAN KEDUA KALI INI.
ANTARA IKAN YANG MENDAPAT TIMBANGAN TERTINGGI
TEMPAT KETIGA
TEMPAT KEDUA
TEMPAT PERTAMA

GP Joran TEGAR

Persatuan Memancing Kg Endah akan mengadakan satu pertandingan pancing Secara Grand Prix (GP) yang akan bermula pada bulan Oktober 2009 dan akan berakhir pada Ogos 2010. GP joran Tegar akan dilangsungkan setiap 2 bulan sekali dalam 6 pusingan. Pemenang pertandingan ini akan dipilih mengikut pungutan mata (point) dan mata dipilih mengikut pemenang bulanan bukan mengikut berat ikan. Setiap penyertaan akan di beri 1 mata percuma.

SENARAI PUNGUTAN MATA
Tempat Pertama : 10 mata + 1 mata percuma : 11 mata
Tempat Kedua : 9 mata + 1 mata percuma : 10 mata
Tempat Ketiga : 8 mata + 1 mata percuma : 9 mata
Tempat Keempat : 7 mata + 1 mata percuma : 8 mata
Tempat Kelima : 6 mata + 1 mata percuma : 7 mata
Tempat Keenam : 5 mata + 1 mata percuma : 6 mata
Tempat Ketujuh : 4 mata + 1 mata percuma : 5 mata
Tempat Kelapan : 3 mata + 1 mata percuma : 4 mata
Tempat Kesembilan : 2 mata + 1 mata percuma : 3 mata
Tempat Kesepuluh : 1 mata + 1 mata percuma : 2 mata
Tempat kesebelas dan seterusnya : 1 mata

Peserta yang mengumpul paling banyak mata semasa acara GP 6 pusingan ini akan dianggap Pemenang keseluruhan.

Sekitar Pertandingan Memancing 16hb Ogos

Sekitar Pertandingan Memancing 16hb Ogos





Persatuan Memancing Kg Endah dengan kerjasama PPIK Kg Endah dan Team Jangkar telah mengadakan pertandingan memancing di sungai Batu Hampar, Bukit Jugra Banting Selangor pada 16hb Ogos yang lalu. Tujuan pertandingan adalah sempena hari Kemerdekaan negara kita dan sambutan bulan Ramadhan. Acara yang berlangsung dengan meriah dan disertai oleh ramai komuniti tempatan. Semoga akan diadakan lagi program seperti ini pada masa akan datang, insyallah.

post signature

Pertandingan Memancing Anjuran Kelab Memancing Kg Endah

Pemenang Pertandingan Memancing Anjuran Kelab Memancing Kg Endah

Pemenang tempat pertama Wak Joe, Hadiah disampaikan oleh Ketua Kampung Endah (JKKKN)


Hero Hindustan la katakan mesti menang punya, jadilah dapat gak hadiah saguhati

Alo bro harap posing je la, ikan tak dapat gak....

TIME FOR RELEASE STRESS..TENSION..ETC

Assalamualaikum, dah lama tu saya tak update blog ni, al maklum ler je la kerja kat PPIK ni macam2. Terbaru ni saya sedang menyiapkan satu projek usahawan berkaitan dengan pembinaan laman web yang di khususkan kepada produk IKS seluruh Malaysia. Laman Web berkenaan akan membuka peluang pendapatan sampingan pada semua yang berminat dan saya juga mengalu-alukan kepada semua Penyelia PPIK untuk turut serta. Selebihnya untuk iklan promosi dan sebagainya akan saya Email kan nanti.

Lepas bekerja dan memerah otak... tiba masa untuk saya buang segala stress yang ada kat kepala ni, jadi seperti biasalah pergi ke pantai morib Memancing ler hihihihi...

Hobi yang boleh dikatakan paling popular di muka bumi ni lah, lagi-lagi kalau dapat sebesar ini.

Ni bukanya tengok perlawanan bola sepak, hoki, atau pertandingan ratu cantik kebaya tapi masing-masing tengah nengok batang joran yang tak dimakan ikan.

Teknologi maklumat, boleh didapati dimana-mana seperti contoh diatas mencari ikan menggunakan Handphone hahahaha. Bukan sebenarnya bro yang kat atas tu sedang sms org umah dia nak bagitau Abang dapat ikan besar harharahtr.....
Hasil tangkapan pemancing2, tengok je kecik dalam gambarkan.


post signature

Pertandingan Memancing MORIB

Pantai Morib terletak di Banting Selangor yang memang telah lama menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk bersantai. Tetapi jika anda seorang pemancing tegar apa kata jika datang ke sini untuk memancing di sini.. Baru-baru ini telah diadakan pertandingan memancing suka-suka, peserta di kenakan bayaran RM10.00 beserta umpan (umpun-umpun) dan hadiah tertakluk kepada bayaran penyertaan.
Penyu sesat jalan sampai ke pantai morib, satu keadaan yang luar biasa kerana tidak pernah pun penyu berada di kawasan ini.
Barisan Pengadil yang POYO harharharhar (jangan marah pol)

Menunggu rentapan ikan yang sebesar dirinya.

Hasil tangkapan pemancing di awal pertandingan

TU DIAAA... Pari 8kg yang dinaikan oleh Hj Pari (nama gelaran kerana selalu dapat pari di pantai morib). Dan jika anda singgah di pantai morib ini jangan lupa bawa Joran dan peralatan pancing kerana di pantai ini kita tak menduga apa yang bakal kita paancinggg... ENJOY